Saujana Antara 2 Cinta Lyrics
            Apa yang ada jarang disyukuri
            Apa yang tiada sering dirisaukan
            Nikmat yang dikecap
            Baru kan terasa bila hilang di dalam genggaman
            Apa yang diburu timbul rasa jemu
            Bila sudah di dalam genggaman
        
            Dunia ibarat air laut
            Diminum hanya menambah haus
            Nafsu bagaikan fatamorgana indah di mata namun tiada
            Panas yang membahang disangka air
            Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
            Dilihat ada ditangkap hilang
        
            Tuhan leraikanlah dunia
            Yang mendiam di dalam hatiku
            Kerana di situ tidakku mampu
            Mengumpul dua cinta
            Hanya cinta-Mu kuharap tumbuh
            Dibajai bangkai dunia nafsu yang kubunuh
        
See also:
JustSomeLyrics
53
53.40
Roy Orbison What'd I Say Lyrics
Ian Van Dahl Ian Van Dahl  / Without You Lyrics