Siti Nurhaliza pandang-pandang jeling-jeling Lyrics
            SMS:
            Cincin intan bunga selasih
            Mari dipakai di waktu petang
            SN:
            Kenapa tuan tak mahu berkasih
            Adakah orang akan melarang
        
            SMS:
            Kain sarung kain terendak
            Memanglah manis kalau dipakai
            SN:
            Kalau takut dilambung ombak
            Jangan berumah di tepi pantai
        
            ( korus 1 )
            SMS & SN:
            Menjeling menjeling kubertentang
            Mata kita sama memandang
            Kucuba kucuba nak bertanya
            Siapa diakah namanya
        
            ( korus 2 )
            SMS & SN:
            Menjeling menjeling kubertentang
            Mata kita sama memandang
            Bercakap bertanya dan bermesra
            Jangan sampai datang rumah
        
            SMS:
            Tuai padi musim dah tiba
            Mari menuai di waktu pagi
            SN:
            Kalau begini malang menimpa
            Biar kuturut kata hati
        
            SMS:
            Bunga selasih permainan budak
            Daun sehelai dimakan kuda
            SN:
            Bercerai kasih bertalak tidak
            Seribu tahun bertemu juga
        
            ( ulang korus1 & 2 )
        
            SMS:
            Kereta kuda pedati lembu
            Singgah mari di tepi kuala
            SN:
            Tuan sutera saya belacu
            Mana 'kan boleh berganding sama
        
            SMS:
            Burung jelatik sarang kedidi
            Sarang tempua sarang berjuntai
            SN:
            Sungguhpun cantik sutera diuji
            Belacu juga tahan dipakai
        
            ( ulang korus1 & 2 )
        
See also:
JustSomeLyrics
54
54.61
Karla Duvet español Lyrics
Hillsong with Darlene Zschech Blessed Lyrics