UNIC Anak Soleh Lyrics

Sifat anak yang soleh
Mentaati ibu ayah
Tidak membantah
Malah mentaatinya

Halus peribadinya
Mencontohi Rasulullah
Tingkah lakunya dijaga
Akhlak dipelihara
Segala amalan dijaga
Hanya kerana yang Esa

Hormat pada yang tua
Kasih pada yang muda
Sayang pada ibu ayah
Dan juga keluarga

Hidupnya rajin berusaha
Tidak pernah berputus asa
Di dalam kehidupan
Penuh pancaroba

Tiada cinta di hatinya
Hanyalah cinta Allah
Ada rasa rindu
Hanyalah untuk Rasulullah

Kasih dan sayang
Hanyalah pada ibu ayah
Hormat menghormati
Sesama insan berbudi

Guru dan teman-teman
Sentiasa dikasihi
Itulah di antara
Sifat anak-anak yang soleh

See also:

54
54.65
My Vitriol Windows And Walls Lyrics
kaze no fantasia Lyrics