Datuk S.M Salim & Siti Pandang-pandang,Jeling-jeling Lyrics

cincin intan bunga selasih
mari dipakai di waktu petang
-kenapa tuan tak mahu berkasih
-adakah orang akan melarang
kain sarong kain terendak
memanglah manis kalau dipakai
-kalau takut dilambung ombak
-jangan berumah ditepi pantai

<korus>
menjeling menjeling ku bertentang
mata kita sama memandang

kucuba-kucuba nak bertanya
siapa dia kah namanya

menjeling menjeling ku bertentang
mata kita sama memandang

bercakap bertanya dan bermesra
jangan sampai datang rumah

tuai padi musim dah tiba
mari menuai di waktu pagi
-kalau begini malang menimpa
-biar kuturut kata hati

bunga selasih permainan budak
daun sehelai dimakan kuda
-bercerai kasih bertalak tidak
-seribu tahun bertemu juga

<korus>
menjeling menjeling ku bertentang
mata kita sama memandang

kucuba-kucuba nak bertanya
siapa dia kah namanya

menjeling menjeling ku bertentang
mata kita sama memandang

bercakap bertanya dan bermesra
jangan sampai datang rumah

kereta kuda pedati lembu
singgah mari ditepi kuala
-tuan sutera saya belacu
-mana kan boleh berganding sama

burung jelatek sarang kedidi
sarang tempua sarang berjuntai
-sungguh pun cantik sutera di uji
-belacu juga tahan dipakai

<korus>
menjeling menjeling ku bertentang
mata kita sama memandang

kucuba-kucuba nak bertanya
siapa dia kah namanya

menjeling menjeling ku bertentang
mata kita sama memandang

bercakap bertanya dan bermesra
jangan sampai datang rumah

See also:

66
66.70
Linda Kiraly Can't Let Go Closed Captioned Lyrics
Pamela Spence Kendimi Sevmek Lyrics