Akhbar ft Tukangkata Manusia Lupa Lyrics
            Manusia lupa asal-usulnya
            Dia tersangka, dia segalanya
            Yang pelupa itulah namanya
            Dan yang terleka itulah manusia
        
            Ramai manusia tak kenal dirinya
            Dijadikannya makhluk sempurna
            Diuji s____tara dimuka dunia
            Bertanggung ia pada perlakuannya
        
            (Chorus)
        
            Manusia lupa, manusia alpa
            Manusia bersahaja,manusia leka
            Manusia berlari mengejar mimpi
            Apa yang dicarinya ternyata illusi
        
            Manusia runsing bila ia prasangka
            Semua sekeliling menjadi musuhnya
            Manusia fikir mencipta sengketa
            Moga ia beruntung darinya
        
            Bila berjaya terdetik rasa bangga
            Dilubuk hatinya pula ia bicara
            Bermegah-megah dalam diam berkata
            Lupa seketika pada penciptanya
        
            (Chorus)
        
            Ramai manusia inginkan kebendaan
            Biar pun caranya, cara kekerasan
            Akhirnya dia tak tentu haluan
            Bila ada saja yang hasad dengki memandang
        
            Zahirnya tenang, batin haru biru
            Itu nasibnya manusia menipu
            Biarkan saja ku bersyukur selalu
            Dan biarkan luncai terjun bersama labu
        
            (Chorus)
        
            Satu nafaz, satu lafaz
            Satu kalimah, satu syahadah
            Kita terleka, terkelu lidah
            Terkunci hati, diremote control
            Rasa gila kuasa, rakus tamak haloba
        
            Hei orang kita telah mencipta
            Tuhan mereka mesin berhala
            Hei orang kita memuja-muja
            Si kotak sakti tidak bernyawa
        
            Wahai penghuni penyewa alam semesta
            Duhai jiwa termenung terpukau silau sihir dunia
            Apakah masih buta tuli di dalam hati
            Mestikah lagi menipu diri sendiri
            Kiblat mu kini menjadi --- 5 2 inci
            Takwa mu pula --- terhias indah terkunci rapi dalam almari kaca
        
            (Chorus)
        
            Satu nafaz, satu lafaz
            Satu kalimah, satu syahadah
            ---
            Hapuskan haloba dan ingin
            Nafsu dan mahu, terlepas waktu, terabaikan mu
            Sehingga tidak ku rasa kering nafasmu
            Harap kau begitu dekat dengan jantungku
            Kau pujuk diriku ketika menyeru manakala aku selalu melupakan mu
        
            Satu nafaz, satu lafaz
            Satu kalimah, satu syahadah
            Satu lafaz awal pertama menyambut keagungan semesta dengan zikir ibadah
        
See also:
JustSomeLyrics
73
73.55
Christina & Los Subterraneos Alguien Que Cuide De Mi Lyrics
Olga Tañon El frio de tu adios (vivo) Lyrics