SALEEM SUCI DALAM DEBU Lyrics

Engkau bagai air yang jernih
Di dalam bekas yang berdebu
Zahirnya kotoran itu terlihat
Kesucian terlindung jua

Cinta bukan hanya di mata
Cinta hadir di dalam jiwa
Biarlah salah di mata mereka
Biar perbezaan terlihat
Antara kita

(chorus)
Ku harapkan kau kan terima
Walau dipandang hina
Namun hakikat cinta kita
Kita yang rasa

Suatu hari nanti
Pastikan bercahaya
Pintu akan terbuka
Kita langkah bersama
Di situ kita lihat
Bersinarlah hakikat
Debu jadi permata
Hina jadi mulia

Bukan khayalan
Yang aku berikan
Tapi keyakinan yang nyata
Kerana cinta
Lautan berapi
Pasti akan ku renang jua

See also:

87
87.98
Sao anh va sao em Lyrics
Karibe Con K La Incondicional Lyrics