Adam AF2 Seri Satu Sama Lyrics

Aha..ha...ingin ku mulakan hujah
Berkenaan sebuah kisah
Keadilan dalam bercinta
Haruslah ada hak yang saksama

Tak perlulah kau buat tak tahu
Semuanya sudah dapat dihidu
Perlakuanmu di belakang diriku

Engkau punya bekalan simpanan kekasih ketika berjauhan
Tercabar setia...ku mula rasa tertekan

Ku sangka ku satu-satunya
Sebaliknya ku diperdua
Sememangnya ku tak gemar main kayu tiga

Tetapi terbalas dendamku
Kerana kau juga perlu tahu
Ku punya teman rahsia
Seri satu sama

Monogami adil andai berdua hala
Tetapi jangan ingatkan kau boleh berahsia
Denganku kau lafazkan janji setia
Dengannya kau akukan "masih belum berpunya"
Pernah tak kau dengarkan hukum karma
Semua gerak-laku bisa ada balasannya
Jadi jangan salahkan ku jika tersinggung
Bak kata orang 'Sendiri buat, sendiri tanggung'

Dia dah lama menghampiriku
c__a iman yang utuh dan kukuh
Tetapi bukannya semua orang begitu

Tarikannya bukan kerana cinta
Lebih kepada membuat kau terasa
Sekurang-kurangnya puas hati ku...hahahaha

Ku sangka ku satu-satunya
Sebaliknya ku diperdua
Sememangnya ku tak gemar main kayu tiga

Tetapi terbalas dendamku
Kerana kau juga perlu tahu
Ku punya teman rahsia
Seri satu sama

Bukannya aku tak cinta
Ku rasa kau turut sama
c__a mahu yang berbeza
Tempias sama di rasa

Jangan fikirkan ku tak berperasaan
Berdesing telinga mendengar tertawa rakan
Mereka bilang ku dah diperbodohkan cinta
Tapi dah ku rancangkan setiap agenda
Apa kata kita selesaikan perselisihan ini
Sama ada kau mahu terus atau bersendiri
Jika kau tuduh ku curang dan mahu berpisah
Kesal takkan mengganggu ku kerana dia menunggu

See also:

97
97.106
Intillimani Negra presuntuosa Lyrics
ΔΥΤΙΚΕΣ ΣΥΝΟΙΚΙΕΣ ΚΑΛΟΚΑΙΡΙΝΑ ΡΑΝΤΕΒΟΥ Lyrics