brutal Cempedak Jadi Nangka Lyrics

pasti tiada yang percaya
manalah boleh sang cempedak
nak jadi... nak jadi nangka
dunia maju canggih ada .
belum lagi tercipta
sejenis ubat...ubat sakit jiwa
cakap siang pandang-pandang
cakap malam dengar-dengar
lembu tutur gaya bahasa
itukan temurun budaya kita
itukan temurun budaya kita
begitulah nasib sang lembu
susu yang diperah sapi
punya nama...sapi dapat nama
bukankah itu peribahasa
jadikan renungan untuk semua
cakap siang pandang-pandang
cakap malam dengar-dengar
lupakah padaku hai teman
dulu kita kawan
tapi mengapa kini kita mahu lawan
buta mata pekak telinga
walau banyak umpat
walau banyak gelak
cakap siang pandang-pandang
cakap malam dengar-dengar
lembu tutur gaya bahasa
itukan temurun budaya kita
dunia maju canggih ada
belum lagi tercipta
sejenis ubat...ubat sakit jiwa
mungkin esok mungkin lusa
manalah tahu bulan jatuh ke riba
jatuh ke riba
tenteram hidup lagi aman
tiada banyak umpat
tiada banyak dosa
cakap siang pandang-pandang
cakap malam dengar-dengar
bukankah itu cogankata
jadikan pedoman untuk semua
cakap siang pandang-pandang
cakap malam dengar-dengar

See also:

98
98.18
Roben & Knud Darwins sang Lyrics
D The Unforgiven Ii Lyrics