Black Dog Bone Joget Sindir Pesan Lyrics

Berjalan kaki arah t__ian
Anak puyuh mencari makan
Andainya hati sudah berkenan
Usah tangguh buat lamaran

Jangan mata keranjang
Bila sedang berkasih
Jagalah hati sidia
Kalau sudah merajuk
Engkau yang serba salah
Apa kau buat tak kena

Pohonlah pauh ditebang tebang
Di sebelah rumah pak anjang
Di dalam tempoh sedang bertunang
Berbagai cabaran mendatang

Harus tabahkan hati
Fitnah usah peduli
Jangan bertindak melulu
Jauhkan pertengkaran eratkan kasih sayang
Bersandarkan keimanan

( korus )

Jangan hanya di masa bertunang
Berjalan berpimpin tangan
Bila sudah bersuami isteri
Tak mahu berjalan bersama

bungalah rampai bunga kemuning
tambah pulak harum kasturi
kalau dah sampai hari bersanding
jangan lupa mengundang kami

moga panjang usia
dapat sama raikan
untuk melihat mempelai
bersanding depan ramai
jangan tak tahan hati
bila kena sindir pesan

See also:

10
10.103
Niran Ünsal Zorlu Sevdam Lyrics
Jewel Leave The Lights On Lyrics