Ning Baizura Joget Aidilfitri Lyrics

Banyaklah orang menghias rumah
Di hias dengan si bunga hutan
Untuk menyambut hari mulia
Sepurnama kita telah berpuasa

Di kota-kota dan juga desa
Putra dan putri menghias diri
Untuk melawat teman dan jiran
Bersalaman dan bermaaf-maafan

( korus )
Selamat selamat hari raya
Adik kakak serta ibu bapa
Tahun ini kita berjumpa
Bersyukurlah kita semuanya

Jangan cik abang bersendirian
Senangkan hati carilah teman
Di hari ini hari gembira
Bukanlah hari untuk berduka

Kuih bernama si taman hati
Untuk hidangan teman dan jiran
Baju yang indah ku pakai rapi
Sila datang ke rumah ku ini

( ulang korus 3X )

See also:

10
10.105
morodo Morodo- Divina Ciencia Lyrics
Ezginin Günlüğü Ebruli Lyrics