Lilin seorang guru Lilin seorang guru.mp3 Lyrics
            Pernah langkah ku payah
            Menuju ke destinasi
            Kerana malam gelap
            Dan bintang hilang kerdipnya
            Menjadikan arah ku keliru
            Ke timur atau ke barat
        
            Bagai lilin membakar diri
            Menerangi kegelapan hati
            Kau curahkan bakti dan budi
            Jasamu tiada berganti
        
            Namun tanpa rasa payah
            Dia memimpin tanganku
            Melangkah satu persatu
            Dan mencipta jejak impian
            Menjadikan arahku jelas
            Aku harus ke hadapan
        
            Ohoo... aku kini rindu
            Pada satu nama yang berjasa
            Tuhan, beri kekuatan
            Untuk mendidikku selamanya
            Ku pohon restu kasih-Mu
            Ampunkanlah guru-guruku
        
            Semalam ku lihat dia
            Di bibirnya ada kalimah
            Yang bergetar saban waktu
            Sambil tangan menggenggam lilin
            Lilin yang tiada terpadam
            Menerangi hidupku kini
        
See also:
JustSomeLyrics
106
106.102
Baby Ranks (Ft. Notch) Verte Lyrics
Animal House Shout Lyrics