UKAYS Ukays - Kerana Takdirnya Lyrics

Bukan mudah untuk kusisihkan
kehadiran cinta tak diundang
semakinku cuba menepiskan
semakin bertandang

dalam diam tunasnya berputik
dalam hati semakin berdetik
rasa cinta semakin mengintai
dikolam hatiku

bagaikan mabuk asmara
dilambung ombak rindu ini
sehingga ku hampir lemas
di muara

seumpama langit dan b__i perbezaan kita
kerana takdirnya cinta pun bersemi
dalam keresahan yang tiada bertepi
kunikmati cinta sesudah ke sana
hilang dendam timbul sayang berpanjangan
untuk kita melayari bahtera hidup

bak langit dan b__i perbezaan kita
kerana takdirnya cinta pun bersemi
dalam keresahan yang tiada bertepi
kunikmati cinta sesudah ke sana

kini kusedari kusedang diuji
putus merasai kasih yang berhenti
hilang dendam timbul sayang berpanjangan
untuk kita melayari bahtera hidup

See also:

114
114.121
Lou Bandy We gaan naar Zandvoort Lyrics
SMAP buzzer beater (back track) Lyrics