Siti Nurhaliza Ft Too Phat too phat feat siti nurhaliza - dua dunia [malay version] Lyrics

feat. Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza : Kau selalu di hati , tidak ku dekati , dua dunia kita berbeza (2x)

Too Phat :
Cinta itu buta dan juga boleh membutakan
melukakan dan sukar untuk kita lupakan
Aku cinta padamu hanyalah ungkapan
luahan yang jarang bermakna bila diucapkan

Ini pula cerita cinta sang pujangga bukan arjuna sita
bukan cinta dan rangga
Mungkinkah khayalan akal mainan minda
Atau lamaran puitis , dengan hasrat yang indah

Kau selalu di hati (Kau selalu di hati) tidak ku dekati
sentiasa ada mata jahat yang memerhati
Tapi ku tak runsing tidak mungkin rindu
ku pusing lihat wajahmu di setiap penjuru

Senyuman di kaca kisah mu ku baca
Perjuangan kita sama duka mu ku rasa (Perjuangan kita sama duka mu ku rasa)
Aku pasrah saja pada yang Esa
Kerna ku tahu (Kerna ku tahu dua dunia) Dua dunia kita berbeza

Siti Nurhaliza: Kau selalu di hati , tidak ku dekati , dua dunia kita berbeza (2x)

Too Phat :
Suka di kala malam termimipi-mimpi (termimipi-mimpi)
Rindu di kala siang mencari-cari (mencari-cari)
Kasih sebenar tidak bertukar tidak sebentar
walau dipisah lautan direnangi gelora

Dan kadangkala hanyut bagaikan buah ara
malu sering bersua tapi jarang bersuara
Kenapa bercinta jika kesudahannya pasrah
Kerana bila dilamun indahnya tidak terkata

Tersimpan hasrat tiada siapa yang mengerti
Harapan menggunung sampai penghujung dinanti
Dipegangkan janji tetap ratu di hati
Dengan izin tuhan kan bersama kapan hari pasti

Sabar menanti Kesabaran diuji
Berdoa dalam sujud sejadah ditangisi
Aku pasrah saja pada yang Esa
Kerna ku tahu Dua dunia kita berbeza

Siti Nurhaliza : Kau selalu di hati , tidak ku dekati , dua dunia kita berbeza (2x)

Too Phat & Siti Nurhaliza :
Perjuangan seni kita tidak berpenghujung
Jangan tinggal batu bernama tak berpengunjung

Too Phat :
Cabaran menikam , kau tidak pernah bermurung
Tetap tersenyum walau kesedihan menyelubung (walau kesedihan menyelubung)
Bukan rupa paras mu yang jadi ukuran
Atau suaramu yang jadi bahan tuturan
Ku bukan mahu hubungan tapi kejujuran
Hadiah sepatah dari mu satu kesyukuran (satu kesyukuran)

Tapi bila bertentang mata tidak terbentang kata (Kata apa saja)
iya tapi tentang apa (iya tapi tentang apa)
Wajah mu yang cantik Manis lagi
Senyuman sepasti mentari timur tiap pagi

Realiti sukar diatasi
Tapi kesudahan indah harus bermula dengan fantasi (Fantasi)
Ku rasa terhoyong-hayang antara dua dunia (Antara dua dunia)
Biar khayalan ku melayang (Biar khayalan ku melayang)

Siti Nurhaliza : Kau selalu di hati , tidak ku dekati ,
dua dunia kita berbeza (4x)

See also:

120
120.87
Unpredictable Jamie Foxx ft. Ludacris Lyrics
Oskorri Guretzat Lyrics