The Rebel Scum Bak Datang Lyrics

Intro
"Wei... lu ingat The Rebel Scum dah habis ke beb?
Memang tak beb! Kitorang bak datang beb!
Dengan homies gua beb! Rogue Squadron! Ruffneck!"

[Sapphire]
Rap baku konon, Rukun Negara pun tak hafal
Aku kasi sedas ayat pedas, nanti kau menyesal
Bingit telinga aku tone suara kau lanyak
Sound software c__ia lagu aku lagi lunak
Setakat tunjuk otai dalam lagu buat apa
Kau dah jauh sesat, kalau hip hop tu peta
Ni 542,tak kisah kau berapa
Aku minoriti yang sakit,kalau berani cuba

[NBE]
Korang nak gapai bintang, aku selamba jalan kat BB
Tanya MC underground, siapa tak kenal NBE?
New Born Emcee Nak Bunuh Engkau, baik lari kalau lemau
Budak lama,budak baru, semua aku tapau
Aku tak hirau, lirik penuh kontroversi
Memang dah lumrah MC, lirik kena berapi
MC tak ada batu karang, sebab selalu kencing orang
Buat apa umur panjang, kalau akal pendek bang....

[Chorus]
Kalau muka tebal
Nak cari pasal
Saja nak buat hal
Bak bak bak datang
(x 2)

[Mic Wreck]
Tolonglah! Engkau tu tak sedar diri
Pertandingan yang kau masuk 90% populariti
Hanya 10% bakat, nampak sangat syok sendiri
Baik engkau masuk acara lumba lari

[HQA]
Dan blah! jangan main gila, main siuman
Tak payah barang, kata-kata saja yang aku perlukan
Nak datang, sila, lantak engkau
Ini hip hop mentah (raw) tapi masaklah kau

[WordsManifest]
Bikin panas, nak ambil ubat boleh apa
Tapi kalau kau dah hancur pandai-pandailah kau cover
Member-member kau pun sama, duduk diam, tau tak apa
Ni The Rebel Scum, yang kau tu pulak siapa

[Illson]
Cakap banyak apa barang, bak datang
Jangan nak cakap lebih kalau setakat nak terbang
Setakat lu nak lagak, banyak bunyi boleh blah
Lu nak buka apa, lu punya kaki tinggal sebelah

[Mic Wreck]
Engkau tak kemana berdepan dengan Rebel Scum
Kalau engkau tak puas hati, meh sini, bak datang
Budak sekarang, dengar lagu Tupac jadi gangster
Terpedaya dengan glamour terus nak jadi rapper

[HQA]
Terus ingat dah power, rhyme macam sampah
Lagi bosan daripada ceramah pengetua sekolah
Kanak-kanak macam korang aku hantar gagak hitam
Aku hantar pejabat pos, kau boleh pergi mam

[WordsManifest]
Dah mamam? Nak kena baham, ada paham?
Ini lagu rap Melayu keluar radio makan dalam
Lantak engkau kalau nak geram, pendek cerita kau tak terror
Aku Roda Impian, kau Sendeloka Bersama Singer

[Illson]
Apa benda lu bebel muzik lu memang cirit
Bunyi RXZ lagi best, tak percaya jadi rempit
Cakap biar terang, gua dengar lu nak belit
Jangan nak menyempit
Gua tau lu suka selit

[Chorus]
Kalau muka tebal
Nak cari pasal
Saja nak buat hal
Bak bak bak datang
(x 2)

[Spit]
Ketipak ketipung suara gendang bertalu-talu
Puak menentang bagi panas sekarang baru padan muka lu
Jangan malu jangan segan
Kalau lu rasa nak lawan tak kira gaya bebas atau dalam bentuk tulisan
Tulis lah, bebel lah,
Lu punya handsome boleh bagi basah kat TV, bolehlah
Gua tak biasa pakai bedak
Berdebu je lebih, masuk angin keluar asap
Setakat bagi menang undi je lu dah rasa gah?
Bukan niat gua nak kata yang bakat lu tak sah
Ini seruan cabaran dari bawah tanah
Nak jadi MC setakat dapat awek seksi je?
Puk amai-amai, bertepuk kuat sikit
Kasi gegar lantai biar pekik kasi bingit
Jangan mandai-mandai selit masuk tak ada tiket
Rebel Scum dah sampai, apa lagi, semua bangkit

[Chorus]
Kalau muka tebal
Nak cari pasal
Saja nak buat hal
Bak bak bak datang
(x 2)

Editor :

See also:

125
125.16
The Rapture Yeah ... Uh Huh Lyrics
Maliq n D'Essential Beri Cinta Waktu Lyrics