Ekmatra Hanya Satu Persinggahan Lyrics
            Di sini kasih pernah berbunga
            Tiada harum tiada warna
            Di sini cinta pernah membara
            Tanpa bahang dan tanpa apinya
            Begini yang ku rasa
            Hidup kita berdua
        
            Di sini langit mendung selalu
            Tiada cahaya menyinariku
            Di sini aku tiada berdaya
            Mengikut kata tanpa bicara
            Kerana engkau tahu
            Aku tidak sepadan denganmu
        
            Hubungan kita suatu persinggahan
            Bukan pengabadian yang rela
            Pemergianku oh kerana terpaksa
            Demi hidup yang lebih sempurna
            Anggaplah kehadiranku
            Hanya satu persinggahan
            Aku tidak menjanjikan
            Mahligai impian
            Sebagaimana kau harapkan
        
            Biarlah jauh dari pandangan
            Daripada dekat penuh seksa
            Biar berduka biar melara
            Dari sengketa sepanjang masa
            Janganlah engkau harapkan
            Ku menghambakan diri
        
            Nanti kau tahu ertinya sepi
            Bagaikan pisau menghiris api
            Nanti kau tahu ertinya rindu
            Bagai tertusuk duri sembilu
            Batin akan tersiksa
            Jasad pasti merana
        
See also:
JustSomeLyrics
26
26.53
Buckcherry Slit My Wrists Lyrics
Alexis y Fido Vayan Bajando Lyrics