EMI Seloka Hari Raya Lyrics

L]Indahnya sungguh di hari raya
Ramainya orang bersuka ria (2X)

L]Adikku manis cantik bergaya
Bolehkah abang ikut bersama (2x)

P]Usahlah abang membuang waktu
Mari menuju ke rumah bonda (2x)

P]Sanak saudara sedang menunggu
Dihari mulia bertemu mesra (2x)

L]Katamu itu abang mengerti
Kusanjung budi puteri ibunda (2x)

L]Pada yang tua kita hormati
Barulah hidup saling bahagia (2x)

P]Miskin dan kaya sama sahaja
Hulurkan tangan berjabat mesra (2x)

L/P]Saling bermaaf kita bersama
Lupakan saja sengketa lama

See also:

3
3.89
Within Temptation Pearls Of Light Lyrics
7 Zwerge Steh' auf, Wenn du auf Zwerge Stehst Lyrics