X-Factor 7251364 Lyrics

Dua minggu telah berlalu ku keseorangan
Merindu satunya gadis idaman
Yang telah kukecewakan
Tanpa disedari naluri kuterkasar bahasa
Namun jauh sekali di hati niat untuk meluka

Apakah dia tidak tahu k__asih menyintai
Mengharung apa jua tuk mendekati

Kucuba 7251364 tiada jawapannya
Sila tinggalkan pesanan suara selepas nada
Kucuba 7251364 gagal dihubungi
Mungkinkah dia sedang merinduku atau sudah membenci

Kecewa sudah kutunggu tanpa khabar berita
Mendengar detik dan saat berlalu
Bagai kurun tersiksa
Teman asyik menasihati cintaku kedinginan
Namun apakah mereka tidak sedar hatiku membara

Tidak mungkin dapat kucuba tuk melupainya
Siang dan malam terbayang wajahnya

Walau apa jua akhirnya
Akanku cuba untuk bersua
Kerna tak terbayangkan hidup ini
Tanpa senyumannya

See also:

31
31.9
Margarita Rosa De Francisco Aroma de mujer Lyrics
Grégory Lemarchal Même Si (solo) Lyrics