S.M. Salim Seloka Cak Kun Cak Lyrics

Tan Sri: Satu masa yang telah silam
M.Nasir: Tak dapat diambil kembali
Tan Sri: Melayu mashyur serata alam
M.Nasir: Hidup mewah gagah sekali

Tan Sri: Pahlawan kita nama terbilang
Ditakuti ramai perwira
M.nasir: Melawan musuh tak terbilang
Duet : Gerak semangat kerana bangsa

Tan Sri: Kelekaan jangan dikenang
M.Nasir: Lautan duka kelak dikenang
Tan Sri: Hampir tinggal sehelai benang
M.Nasir: Bencana sengaja dipinang

Tan Sri: Jika perhati bangsa dagang
Kapak beliung ditangan memegang
M.Nasir: Kekayaan hendang diregang
Duet : Akhirnya saudagar pangkat dijulang

Tan Sri: Disulami syair termashyur
M.Nasir: Usahlah berdengkur
Tan Sri: Kita jua yang bertafakur
Duet: Yang mana khilaf tegur menegur

La..la...la..la...

Korus:

Tan Sri: Kulitnya bersih, hati pun bersih
Budi yang baik hatinya pengasih
Kulitnya bersih hatipun bersih
Memikul belati tiada memilih
Jadikah bersih hatipun bersih
Berkata benar bermulut fasih
Jadikah bersih, hatipun bersih

Duet: Dialah khazanah pintu terpilih
a.aaa...aa

Tan Sri: Awak yang payang membelah ruyung
M.Nasir: Orang bertandang yang beroleh untung
Akhirnya kita tak akan dihitung

See also:

33
33.17
Floortje Believe In Yourself Lyrics
112 Man's World Lyrics