Iklim Melayu - Iklim - Suci Dalam Debu Lyrics

Engkau bagai air yang jernih

Di dalam bekas yang berdebu

Zahirnya kotoran itu terlihat

Kesucian terlinding jua

Cinta bukan hanya di mata

Cinta hadir di dalam jiwa

Biarlah salah di mata mereka

Biar perbezaan terlihat antara kita

Kuharapkan kau kan terima

Walau dipandang hina

Namun hakikat cinta kita

Kita yang rasa

Suatu hari nanti

Pastikan bercahaya

Pintu akan terbuka

Kita langkah bersama

Di situ kita lihat

Bersinarlah hakikat

Debu jadi permata

Hina jadi mulia

Bukan khayalan yang aku berikan

Tapi keyakinan yang nyata

Kerana cinta lautan berapi

Pasti akan kurenang jua

See also:

37
37.63
AMei Ru Guo Ni Ye Ting Shuo Lyrics
Melayu Spoon Lyrics