Nazrey Johani Nasihat Buat Adik Lyrics

*wahai adikku sayang
dengarkanlah lagu ini
yang sedang abang dendangkan
moga menjadi nasihat untukmu
di dalam kau menitip kehidupan ini
yang penuh dengan pancaroba

wahai adikku sayang
patuhlah pada ibu dan ayahmu
hormatilah gurumu
janganlah melukai hati mereka
kerana restu mereka penentu kejayaanmu
di waktu kau mengejar cita-citamu

bersopan santunlah berbudi bahasalah
kepada semua
jujur dan amanah jangan berdusta
apa saja dilakukan
berhati-hatilah tika memilih
siapa sahabatmu
jagalah pergaulanmu
jagalah maruahmu
agar kau selamat dari godaan dunia

*

belajar bersungguh sepenuh hati
agar kejayaan milikmu
tabahkan hatimu mengharungi semua cabaran
bersifat pemurah tolong-menolong
pada yang memerlukan
jangan sesekali melupakan perintahNya
agar kau selamat dunia akhirat

See also:

39
39.78
banda el recodo, julio preciado y cuisillos deja317 Lyrics
Lucio Battisti Era Lyrics