Ella Rama Rama (Edit Radio) Lyrics
            Rama Ramasami
            Ella
        
            Seumpama ramasami
            terbang bebas di udara
            tanpa ada halangan
            aman damai suka-suka
            riang ria tanpa ada
            rasa duka sengketa
            rama-rama
        
            Ekspresi dirimu menawan hatiku
            ingin aku terbang bersamamu
            melihat kerenah melihat telatah
            manusia yang sering telagah
        
            Ekspidisi ini bagai tiada henti
            kan menjadi antologi diri
            terhentilah mimpi terhapuslah sepi
            sanubari yang lebih berani
        
            Terminal yang pasti satu fitrah hati
            kerana yang sejati tiada kekal lagi
            terbanglah ke sini mencari abadi
            terbanglah ke mari mencari hakiki
        
            Seumpama rama-rama
            melewati panorama
            yang penuh warna warni
            taman bunga taman damai
            dengan aksi lincah
            berputik hidup yang harmoni
            rama-rama
        
See also:
JustSomeLyrics
41
41.20
Randy Freedom Song Lyrics
MC Solaar Jardin d'Eden Lyrics