Phyne Ballerz Monte Carlo Lyrics

Di dalam suara keramaian
Terserlah kau dan ku berdua
Berlatar panorama lautan dan bahtera
Ku bonekanya

Apa kau mahu ku turuti mu tanpa bersoal tanya
Kerana kaulah tuannya
Aku sebagai hamba
Itu hakikatnya

Hembusan bayu di Monte Carlo
Berharmoni mengiringi cello
Daku memberikan dikau kalor
Kau beli cinta... ku akur

Bawah purnama di Monte Carlo
Berdua berdansa rentak tango
Kita hidup ala mewah dan masyur
Kau beli jiwa... ku akur

Aku dapat merasa hadirin di fiesta
Menjeling sinis kita
Tapi apa kurasa tak penting tak bermakna
Asal kau bahagia

Sejak dari dulu ku tahu syarat dan hak diriku
Dengan tertunai sewa
Kehidupan ku serah untuk kau mengarah

Kau beli jiwa... ku beri cinta
Sara hidupku... daku milikmu

See also:

43
43.125
Χάρις Αλεξίου ΤΟ ΓΡΑΜΜΑ Lyrics
Panik O'nun Derdi Lyrics