In-team Nur Kasih Lyrics

Bagaikan permata di celahan kaca
Kerdipnya sukar untuk dibezakan
Kepada-Mu Tuhan ku pasrah harapan
Moga tak tersalah pilihan

Nur Kasih Mu mendamai di kalbu
Jernih setulus tadahan doaku
Rahmati daku dan permintaanku
Untuk bertemu di dalam restu

Kurniakan daku srikandi
Penyejuk di mata penawar di hati
Di dunia dialah penyeri
Di syurga menanti...dia bidadari

Kekasih sejati teman yang berbudi
Kasihnya bukan keterpaksaan
Bukan jua kerana keduniaan / dunia
Mekar hidup disiram Nur Kasih

Ya Allah...
Kurniakanlah kami
Isteri dan zuriat yang soleh
Sebagai penyejuk mata

Di tangan Mu Tuhan ku sandar impian
Penentu jodoh pertemuan
Seandai dirinya tercipta untukku
Relaku menjadi miliknya..

See also:

5
5.73
Fler Neue Deutsche Welle Lyrics
Cyndi 王心凌 明天見 Lyrics