Kembara Di Perhentian Puduraya Lyrics

Di perhentian Puduraya
Tempat mula bersua
Dalam bas berwarna biru
Menuju ke utara
Senyum terukir untukmu
Kau membalas tunduk malu
Sungguh ayu
Ku terpanah dari godaan cinta pertama

Di perhentian Puduraya
Mula kita bermesra
Dengan kesucian cinta
Kau membalas kasihku
Tapi kau harus pulang segera
Kerana masa telah lewat untuk kita

Oh! selamat tinggal
Jumpa lagi
Oh! esok hari
Di perhentian ini
Bila cinta sudah tersemai
Apa saja yang di buat serba indah

Oh! tak ku sangka cinta berakhir
Esok ku menunggu
Dan menunggu
Khabar ku terima engkau dilamar
Dari pilihan kedua orang tuamu
Bas warna biru telah hilang cahayanya
Kerna cinta telah pudar dari mata
Selamat tinggal perhentian Puduraya.

See also:

74
74.84
Pantxoa eta Peio Lagunt abertzaleak Lyrics
Sammy Davis, Jr. What Kind of Fool Am I? Lyrics